Wednesday, 30 May 2012

Rapuhnya Hati Seoarang Hamba

Inilah hakikat  hidup yang dipilih Allah untuk ku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat,melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya,aku tidak tahu kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku,maka aku yakin ilmu-Nya Maha Luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat dan yang pedih ini akan menjadi penawar Ya Allah. Tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian-Mu, Ya Allah

Itulah doa yang aku mampu aku baca. Doa ni,aku jumpa kat dalam buku Pahrol Mohd Juoi,Di Mana Dia Dihatiku. Tersangat lah tersentuh aku membacanya. Ia buat aku belajar,supaya bersabar dengan tiap-tiap ujian Allah. Semua tu hanya tanda kasih sayang-Nya. Walaupun kadang-kadang aku terlampau sedih sebenarnya dengan sebahagian ujian yang Allah HADIAHKAN(it's really a present,believe me) untuk aku. It was really a battle for me to convince myself that whatever I got,is the best from Allah. Dan bagi aku,di situ jugalah terletaknya kemanisan ujian yang Allah bagi. Sebab bukan senang nak redha,bukan senang nak bersyukur. Tapi,marilah kite same-same berusaha ok. 

Actually aku nak bagitau yang siang tadi aku dah dapat result matrik. Alhamdulillah,aku dapat 2.83(Begitu susahnye nak cakap sebenarnya). Sebab tulah aku kate,it's  really a battle. Tapi aku sangat bersyukur sebab Allah meminjamkan ketabahan kat aku. Aku tak nangis,aku masih mampu tersenyum dan menerima dengan redha. Dan aku yakin,Allah lebih tau kemampuan aku lebih daripada aku tau kemampuan aku sendiri dan aku yakin yang.....

Al-Baqarah Ayat 216: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui sedang kamu tidak megetahui"

Dan aku berharap sangat kawan-kawan yang sama macam aku tu,marilah kita sama-sama berusaha untuk belajar redha. Dan jangan sesekali menyalahkan takdir. Tolonglah jangan putus asa. And aku nak cakap yang harapan aku masih setinggi gunung,tak sikit pun kurang dengan result macam tu. Aku masih yakin dengan harapan yang masih bersisa dalam hati aku ni. UPU kan masih ada? Kalau ada rezeki tu tak kemana kan? Kalau Allah nak bagi tu,biarlah result tu teruk macam mane pun,siapa yang layak persoalkanNya. Yang penting kita jangan putus harapan,jangan putus doa. Allah nak tengok sejauh mana kita pergi dengan ujian yang Dia bagi tu. Kita kena KUATKAN HATI KITA SENDIRI untuk yakin bahawa terdapat hikmah di sebalik semua kepahitan ini. Allah bagi pahit,sebab Allah nak bagi manis lepas ni :) 




No comments:

Post a Comment