Saturday, 22 September 2012

Entry kali ni aku nak cerita pasal kawen. Ha seronok tak? HIHI. Hm sekarang semua cerita banyak yang cerita pasal kehidupan pasal kawen je. Banyak kan? Even a novel. Pastu mesti semua rasa macam,"Oh no! Nak kawen jugaklah camni!" or paling kurang pun. "Bestnya kawen.... T_T.

Pertamanya aku rasa okaylah sebab kita rasa sweet-sweet camtu pun kita rase nak kawen,nak rasa kemanisan bercinta tu dengan SUAMI. Bukan sesiapa yang tak halal lagi untuk kita. Bagi aku it is a good sign for us. At least taklah kita ni terfikir nak mencarik boyfriend pulak kan. See? Kita ni biasalah,fitrah untuk kita rasa nak kan seorang peneman,nak kan seorang yang kita boleh adukan segalanya,berkongsi kesedihan dan jatuh bangun kehidupan ni. Kadang0kadang rasa rindu dan sunyi tapi tak tahu kepada siapa. Kan? Tapi kita kenalah salurkan rindu kita,kasih dan sayang kita pada tempat yang betul. Dan tak lain tak bukan dengan perkahwinan lah ia akan selesai. Normal lah suka org,huhu. Cumanya simpanlah dalam hati kerana sesungguhnya ia termasuk dalam jihad,menentang nafsu dan kehendak hati. Itulah jihad utama. If  i'm not mistaken. Tapi yang penting memang ia termasuk dalam jihad. 

Cumanya kadang-kadang bila tengok cerita-cerita contohnya macam Adam dan Hawa,Vanilla Coklat. Pastu baca cerita kak Mell(Amalina Peter) etc. Cerita apa lagi ntah. Dalam hati ni terus berdoa. 'Ya Allah kurniakan aku suami yang mampu membawa dirinya ke syurgaMu supaya dia berupaya memimpin ku bersamanya ke alam keindahan syurgaMu dan jadikan ia pelengkap hidupku,kekuatan kpd kelemahanku dan pelindung ketakutanku. Jadikan suamiku yang membawa aku dekat kpdMu'. 

Tapi dalam hati aku ni selalu terdetak. Layak ke aku minta seumpama itu sedangkan aku bukan sesiapa. Bukan jua seorang hamba yang teguh imannya. Teringat aku kat kata-kata kawan aku. Jaga cinta Allah,bila kita dah jaga cinta Allah,tak kan Allah tak nak bagi yang terbaik untuk kita? Allah akan simpankan yang baik untuk kita. Pernah dengar for things to change YOU have to change. Janganlah nak harap dapat suami baik je. Tapi kita sendiri kena mulakan untuk jadi baik supaya Allah sediakn yang baik untuk kita. Kalau nak dapat yang terbaik kita kena jadi baik dulu. Contoh ae. Logiknya,kalau kita menanam sepohon epal,lalu kita lupakan untuk siraman,kita abaikan bajanya. Lantas layak kan kita mahukan sebiji epal yang manis dan hebat  rasanya. Mudah kan untuk faham?

Dan di situlah terletaknya harapan dan kepercayaan kita pada Allah. Yakinlah Allah akan bagi yang terbaik jika kita jaga Allah. Sebab tulah Percaya Kpd Allah termasuk dalam rukun iman.

So,kesimpulannya kat sini,jaga hati,jaga iman, insyaAllah akan jagakan yang baik untuk kita :)

Friday, 27 July 2012

Why would you angry guys?

Why would you angry guys? Are you really have a right to do so? Zaman sekarang macam-macam benda yang boleh buat manusia marah. Lebih menyedihkan selalunye semua hanya benda kecil je yang tak patut lansung diperbesarkan. Kadang-kadang marah tu bukanlah sebab untuk mendidik atau bukanlah kerana nak mempertahankan sesuatu yang benar. Tetapi,hanyalah menuruti nafsu semata-mata. MasyaAllah.

           Kita tengok Saidina Ali. Dia tidak memenggal kepala Yahudi yang meludahnya ketika perperangan, walaupun dia berada di atas yahudi tersebut! Kenapa? Kerana dia takut dia membunuh yahudi itu bukan kerana Allah SWT, tetapi kerana mengikut nafsu amarah. MasyaAllah.
         
         Saidina Ali masih sempat berfikir walaupun ketika itu mukanya sudah diludah! Di saat dia sedang memperjuangkan dan menolong agama Allah,dirinya diperlakukan sebegitu rupa. NAMUN,masih sempat dia membezakan kehendak hatinya. Tujuan tindakan nya. Adakah masih kerana Allah? Allahuakbar.


        Dan kita? Bukan dalam soal menegak kan agama pun kita mampu untuk marah-marah. Kita lupa ke mana perginya sabar di hati. Sedangkan apa yang sudah berlaku itu adalah kehendak Allah. Siapa kita untuk menidak kan nya? Teruskan bersabar. Percayalah di saat kita berjaya bersabar dengan kerenah manusia,situasi yang tak menyebelahi, nimat kesabaran itu masayaAllah,hanya Allah yang tahu manisnya. Dan sentiasa ingat jika tiada peristiwa-peristiwa yang menduga iman dan kesabaran kita kita tak mungkin akan dapat belajar apa itu SABAR. Allah sengaja hantar mereka untuk kita belajar. Setiap dugaan adalah didikan dari Allah. Berbahagialah kerana Allah mengingatimu


Kita mungkin tak kan mampu menjadi sebaik dan sehebat Saidina Ali,namun kita masih belum terlambat untuk terus berusaha menjadi orang yang bersabar. Ingatlah kawan-kawan ALLAH bersama orang yang bersabar. Tidak salah jika kita mencuba sehabis daya untuk memerangi hawa nafsu ketika marah. Kerana sesungguhnya memerangi hawa nafsu termasuk dalah salah satu jihad. Dan setiap perkara kebaikan itu tercatat pahalanya buat kita,insyaAllah. 


Wednesday, 30 May 2012

Rapuhnya Hati Seoarang Hamba

Inilah hakikat  hidup yang dipilih Allah untuk ku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat,melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya,aku tidak tahu kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku,maka aku yakin ilmu-Nya Maha Luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat dan yang pedih ini akan menjadi penawar Ya Allah. Tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian-Mu, Ya Allah

Itulah doa yang aku mampu aku baca. Doa ni,aku jumpa kat dalam buku Pahrol Mohd Juoi,Di Mana Dia Dihatiku. Tersangat lah tersentuh aku membacanya. Ia buat aku belajar,supaya bersabar dengan tiap-tiap ujian Allah. Semua tu hanya tanda kasih sayang-Nya. Walaupun kadang-kadang aku terlampau sedih sebenarnya dengan sebahagian ujian yang Allah HADIAHKAN(it's really a present,believe me) untuk aku. It was really a battle for me to convince myself that whatever I got,is the best from Allah. Dan bagi aku,di situ jugalah terletaknya kemanisan ujian yang Allah bagi. Sebab bukan senang nak redha,bukan senang nak bersyukur. Tapi,marilah kite same-same berusaha ok. 

Actually aku nak bagitau yang siang tadi aku dah dapat result matrik. Alhamdulillah,aku dapat 2.83(Begitu susahnye nak cakap sebenarnya). Sebab tulah aku kate,it's  really a battle. Tapi aku sangat bersyukur sebab Allah meminjamkan ketabahan kat aku. Aku tak nangis,aku masih mampu tersenyum dan menerima dengan redha. Dan aku yakin,Allah lebih tau kemampuan aku lebih daripada aku tau kemampuan aku sendiri dan aku yakin yang.....

Al-Baqarah Ayat 216: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui sedang kamu tidak megetahui"

Dan aku berharap sangat kawan-kawan yang sama macam aku tu,marilah kita sama-sama berusaha untuk belajar redha. Dan jangan sesekali menyalahkan takdir. Tolonglah jangan putus asa. And aku nak cakap yang harapan aku masih setinggi gunung,tak sikit pun kurang dengan result macam tu. Aku masih yakin dengan harapan yang masih bersisa dalam hati aku ni. UPU kan masih ada? Kalau ada rezeki tu tak kemana kan? Kalau Allah nak bagi tu,biarlah result tu teruk macam mane pun,siapa yang layak persoalkanNya. Yang penting kita jangan putus harapan,jangan putus doa. Allah nak tengok sejauh mana kita pergi dengan ujian yang Dia bagi tu. Kita kena KUATKAN HATI KITA SENDIRI untuk yakin bahawa terdapat hikmah di sebalik semua kepahitan ini. Allah bagi pahit,sebab Allah nak bagi manis lepas ni :) 




Thursday, 17 May 2012

Just A Little that I Can Share :)

Dalam hidup ni aku rasa terlalu banyak benda yang indah Allah bagi kat kita :).
Walaupun kadang2 pahit pada mulannya,tapi dah tentu tak kan selamanya camtu kan. Allah tu Maha Adil lagi Maha Penyayang.
Kadang2 kita rasa perkara tu kecik je pun,tapi kite tak tau betapa besarnye hikmah yang Allah bagi kat kita:)
Aku rasa benda yang hebat di antara terhebat Allah bagi kat kite yelah,Allah hadirkan orang-orang yang mampu memberi sesuatu perubahan kepada kita.
Kadang Allah saje nak bagi yang tak baik supaya kita boleh berfikir dengan baik. Supaya kita mampu membezakan yang mana baiik yang mana buruk.Cuba fikir,kalau dalam hidup ni,kite selalu bertuah dengan jumpa yang baik je,suatu hari nanti kalau kita jumpa yang tak baik,adakah kita mampu membezakannya?
Kalau kite dah jumpe kawan-kawan yang baik tu,anggaplah itu hadiah dari Allah untuk kita. Hargailah mereka sebab kawan ni adalah satu harta yang sangat berharga. Who are you friends today,determine who are you tomorrow! InsyaAllah,kawan yang baik akan membawa kita kepada kebaik kan juga,begitulah sebaliknya.
yang pentingnya sentiasalah ingat bahawa,syarat menerima adalah memberi. Kita jangan tunggu,tapi bersikaplah untuk memulakan sesuatu yang baik,insyaAllah yang lain akan turut serta.

Dosa boleh membawa kepada sesuatu manfaat jika ia membawa kepada taubat dan insaf
Apa yang Allah bagi kat kita adalah yang terbaik walaupun kadang-kadang ia berlawanan dengan kehendak kite,walaupun kadang-kadang ia berlawanan dengan kewarasan akal kita,kerana sensungguhnya Allah lebih tau siapa kita,melebihi kita kenal diri kita sendiri. Yakinkan diri bahawa kita mampu menggalas ujian yang Allah bagi kat kita,memang susah untk redha,tapi Allah dah bagi kita satu hadiah iaitu DOA.  "Sesungguhnya hanya doa yang mampu mengubah takdirKu". Kalau kita betul-betul nak insyaAllah,lambat laun Allah akan bagi kat kita,jangan putus doa,jangan putus asa. Kalau kita betul-betul nak,insyaAllah Allah akan bagi. Sebenarnya kadang-kadang Allah dah bagi sesuatu yang baik kat kita.tapi kalau belum tiba masanya Allah mengizinkan kita utnyk sedar dan lihat yang baik tu,mungkin kita tak akan nampak. Even it is just in front your eyes. Bukan sebab apa pun. Sume tu sebab Hidayah milik Allah. Buktinya Abu Talib yang begitu mengasihi  Rasulullah pun tak sempat memeluk Islam.Tapi kita sebagai hamba tak kan nak tunggu je? Hidayah tu kita kena carik. Kalau tunggu,tak kan jumpe kot. Semuanya bermula dari kita,hati kita. Allah nak tengok sejauh mana kita berusaha. InsyaAllah kalau kita mampu bersabar dan redha dengan setiap ujian maka anggaplah kitalah orang yang paling beruntung kerana mampu melihat kebaikan dan manfaat di sebalik setiap kepayahan yang kita lalui. Believe me,nothing will be remain forever,some days it will meet its end. Either you are happy or sad. It wont be forever! Just be a grateful servant. If you are happy,be grateful,if you are sad,then just be patience. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar.

Wednesday, 2 May 2012

minta maaf...

it's been ages aku tak post pape. nothing much to story actually,but aku rase tajuk hari ni adelah herbalife...
herbalife? dah lame tak cakap pasal ni,kalau nak cakap pun rasa ralat sgt. seriously!! ntahlah. dulu aku sangat bersemangat nak buat benda ni. sangat! tapi all of sudden,i think i can't make it. but i admit,this was my fault.
dulu mule-mule aku tak tanya ALLAH,boleh tak buat ni? kalau boleh,mintak bagi kekuatan untuk terus tanpa berhenti. tapi aku memang tak pernah tanya ALLAH semua tu. aku buat keputusan sendiri tanpa bertanya dan akhirnya semangat tu hilang di tengah jalan. rasa bersalah dengan diri sendiri dan ramai orang. and now i realised that i  not find yet my HOW n WHY i want to get involve in herbalife. truly soory for anbody who encourage me all this while. for the time being i cant fullfill yours and mine dream yet. insyaAllah,aku akan mulekan semula dengan istikarah. insyaAllah,kalau itu yang terbaik,Allah would ease its way. amin.

need to tell

i need some time to update a story for my blog. an definetely this is not the right time to tell!! hehhe. quite busy

Wednesday, 22 February 2012

february....

ya Allah.bulan feb ni adalah bulan yang paling hebat di antara bulan-bulan lain yang aku hadapi kat matrik. owh sedihnya.tapi ini semua ujian. so sabar. semua orangh tengah busy sangat sekarang especially for account courses.
bermula dengan pertandingan sajak yang melibatkan aku sebagai AJK sajak. hahaha. dah lah held on 13 february. my 19 birthday tu. huhu..n aku pun buat lawak bengong cakap aku nak starting dengan BERSAJAK sempena my brthday. wakaka. memang gile kalau aku bersajak. dah habis dah zaman2 sajak ni. haha

then 14 february,IMAM MUDA ASYRAF came to my college. MESTICA  pun same. there are alot of new information we got. Alhamdulillah . terima kasih Allah kerana mengizinkan ia berlaku.

then jumaat 17 february. penutup karnival pendidikan islam. i just can say it is AWESOME!!! really. i cant deny it. mungkin itulah keyakinan yang Allah bagi untuk sesutu yang diberkati. insyaAllah

So,enough untuk malam ni,kene sambung keje keceriaan pulak untuk HARI KEUSAHAWANAN pulak!! pray for me:)

Tuesday, 14 February 2012

19th birthday:))

19? tak sangke aku. rase still macam kanak kanak lagi. wakaka. perasan gileeee!. tapi semenjak tak tengok sangt kalendar ni,tak persan pun dah  bulan februari. tibe2 je. dah sampai tarikh 13 tu.

Alhamdulillah sangat Allah beri aku kesempatan untuk terus hidup. Allah yang Maha Pemurah. tersangatlah pemurah. Walau macam mane aku ni lalai Allah tetap bagi rahmatNya yang meluas tu. ihsan orang orang lain yang buat baik kat dunia ni. insyaAllah:)

so this is for myself:)). harap sangat still boleh jadi orang yang sedia memberi kesenangan untuk orang lain:)

Sunday, 12 February 2012

2 bulan je g

2 moths to go only!!! kalau fikirkan macam2 ada kat dalam hati ni. tak sabar nak habis.sedih,happy. macam2lah.  tapi yang pasti still pemalas macam SINGA!. ntah pape.
tapi ade satu yang best kat matrik even blaja kat sini tak best sangat. hehe. (for me ok,different people with different view:) )
...macam macam boleh blaja kat sini,especially pasal agama,this is the best place. even kat skolah dulu tak bzy macam kat matrik,kat matrik macam lebih ditarbiyah kan dari kat sekolah. so,bukan keadaan yang menjadi penghalang tapi  sikap manusia tu sendiri...

n macam macam benda aku belajar kat sini. belajar untuk jadi tabah,untuk terima semua takdir Allah dengan hati yang lapang. tu je. terima kasih Ya Allah sebab bagi aku peluang rasa semua ni. bagi peluang belajar kat matrik.

Monday, 9 January 2012

everything!

malam ni online tengok macam macam. pasal irdina. pasal orang cakap couple tu tak haram selagi kite tahu batasan antara saudara dengan saudari. its true? ape yang aku tau kalau kite suke kat seseorang kite diamkan so maknenye jihad. n kalau dalam waktu belum sah tu kite tahaan hati,kita jaga iman kite ,kalau kite meninggal,kita akan syahid. wallahualam. tapi apa yang aku tau,couple tu tetap haram. tapi yang haram tu Allah bagi jalan dengan NIKAH. whats wrong with early marriage? kalau betul niatnye insyaAllah takde apa yng susah,Allah akan tolong. insyaAllah :). harap aku dapt kawen awal. ngeh ngeh. even tak tau lagi sape. jodohku adalah rahsiemu yaAllah lagipun bukankah nabi menyuruh menyegerakan 3 benda kalau da sellesai iaitu
1)kebumikan jenazah,
2)solat jika da masuk waktunya
3)anak gadis dikahwinkan jika dah jumpa calon yang sesuai
so,kalau niat ikhlas,nak jaga hati,nak jaga iman, why not? nak jadikan Allah no 1 dalam hati. camtulah caranya. dunia ni sementara dan pahit sebab syurga itu kekal dan manis :))
aku pun masih dalam proses pembelajaran. jangan cakap aku macam bagus ye. aku cuma ak kongsi.

then,baca pasal irdina. seluar die koyak tyme first tymenak pj kat skolah,dia jatuh.oo soo sad:'(. sedih aku baca. mesti die nanges kan. dulu waktu mule2 nak dia nak masuk darjah satu,aku risau sgt. terpk2 aku macam manelah die t. nak beli makanan kat kantin sume. nilah yang bt aku sedih ni. tapi nak buat cene,itulah pengalaman. n experience is the best teacher kan? jadi yaAllah aku mohon kepadamu peliharalah semua anak2 buah ku. merekalah pemberian berharga dari Mu ya Allah. tabahkan hatiku utk melihat jatuh bangun mereka yaAllah. bila aku da besar panjang ni,seriously,aku sanagttttt sayangkan anak2 buah aku. rasa tak sabar nak keje. nak ade duit sendiri supaya aku tak kan say no utk permintaan dyorang. semoga diberkati Allah. tolong tunjuk jalan ye Allah.

next pasal herbalife. terlalu banyak yang aku perlu capai. aku perlu kejar n korban utk buat semua ni. sometimes rasa berat sangat. nak pegi event pun tak lepas. sebab aku tau ayah tak kan bagi. boleh je nak pegi tapi tak payah bgtau. tapi sesekali aku tak kan bt camtu. insyaAllah even aku tau tu bende baik,tapi takpelah. aku hanya mampu bersabar. aku memilih utk dengar cakap ayah. so thats why i have to put MORE effort. cakap cakap dengan orang. timbng2 orang. buat party shake.  try utk tolong lebih ramai orang! hari ni baru je cancel party shake yang aku dah rancang sebab all of sudden kolej suruh balik. kalau tak dah lepas g tms dah aku. takpe takpe. everything happened for reasons kan ikha? so sabar n doa bnyak.

ok lah. just share something in my heart :)
thank you Allah.
thank you semua.

Tuesday, 3 January 2012

owh no!!

aku pun tak tau ape yang aku rase skrg. seriously. tapi aku nak kongsikan yang sekuat mana pun manusia pun tu,tetap akan ada jatuh bangunnya. its very normal. CUMA!!! yang tak normalnya bila orang terus menerus menyerah kepada takdir tanpa berusaha lansung.