Pertamanya aku rasa okaylah sebab kita rasa sweet-sweet camtu pun kita rase nak kawen,nak rasa kemanisan bercinta tu dengan SUAMI. Bukan sesiapa yang tak halal lagi untuk kita. Bagi aku it is a good sign for us. At least taklah kita ni terfikir nak mencarik boyfriend pulak kan. See? Kita ni biasalah,fitrah untuk kita rasa nak kan seorang peneman,nak kan seorang yang kita boleh adukan segalanya,berkongsi kesedihan dan jatuh bangun kehidupan ni. Kadang0kadang rasa rindu dan sunyi tapi tak tahu kepada siapa. Kan? Tapi kita kenalah salurkan rindu kita,kasih dan sayang kita pada tempat yang betul. Dan tak lain tak bukan dengan perkahwinan lah ia akan selesai. Normal lah suka org,huhu. Cumanya simpanlah dalam hati kerana sesungguhnya ia termasuk dalam jihad,menentang nafsu dan kehendak hati. Itulah jihad utama. If i'm not mistaken. Tapi yang penting memang ia termasuk dalam jihad.
Cumanya kadang-kadang bila tengok cerita-cerita contohnya macam Adam dan Hawa,Vanilla Coklat. Pastu baca cerita kak Mell(Amalina Peter) etc. Cerita apa lagi ntah. Dalam hati ni terus berdoa. 'Ya Allah kurniakan aku suami yang mampu membawa dirinya ke syurgaMu supaya dia berupaya memimpin ku bersamanya ke alam keindahan syurgaMu dan jadikan ia pelengkap hidupku,kekuatan kpd kelemahanku dan pelindung ketakutanku. Jadikan suamiku yang membawa aku dekat kpdMu'.
Tapi dalam hati aku ni selalu terdetak. Layak ke aku minta seumpama itu sedangkan aku bukan sesiapa. Bukan jua seorang hamba yang teguh imannya. Teringat aku kat kata-kata kawan aku. Jaga cinta Allah,bila kita dah jaga cinta Allah,tak kan Allah tak nak bagi yang terbaik untuk kita? Allah akan simpankan yang baik untuk kita. Pernah dengar for things to change YOU have to change. Janganlah nak harap dapat suami baik je. Tapi kita sendiri kena mulakan untuk jadi baik supaya Allah sediakn yang baik untuk kita. Kalau nak dapat yang terbaik kita kena jadi baik dulu. Contoh ae. Logiknya,kalau kita menanam sepohon epal,lalu kita lupakan untuk siraman,kita abaikan bajanya. Lantas layak kan kita mahukan sebiji epal yang manis dan hebat rasanya. Mudah kan untuk faham?
Dan di situlah terletaknya harapan dan kepercayaan kita pada Allah. Yakinlah Allah akan bagi yang terbaik jika kita jaga Allah. Sebab tulah Percaya Kpd Allah termasuk dalam rukun iman.
So,kesimpulannya kat sini,jaga hati,jaga iman, insyaAllah akan jagakan yang baik untuk kita :)
