Why would you angry guys? Are you really have a right to do so? Zaman sekarang macam-macam benda yang boleh buat manusia marah. Lebih menyedihkan selalunye semua hanya benda kecil je yang tak patut lansung diperbesarkan. Kadang-kadang marah tu bukanlah sebab untuk mendidik atau bukanlah kerana nak mempertahankan sesuatu yang benar. Tetapi,hanyalah menuruti nafsu semata-mata. MasyaAllah.
Kita tengok Saidina Ali. Dia tidak memenggal kepala Yahudi yang meludahnya ketika perperangan, walaupun dia berada di atas yahudi tersebut! Kenapa? Kerana dia takut dia membunuh yahudi itu bukan kerana Allah SWT, tetapi kerana mengikut nafsu amarah. MasyaAllah.
Saidina Ali masih sempat berfikir walaupun ketika itu mukanya sudah diludah! Di saat dia sedang memperjuangkan dan menolong agama Allah,dirinya diperlakukan sebegitu rupa. NAMUN,masih sempat dia membezakan kehendak hatinya. Tujuan tindakan nya. Adakah masih kerana Allah? Allahuakbar.
Dan kita? Bukan dalam soal menegak kan agama pun kita mampu untuk marah-marah. Kita lupa ke mana perginya sabar di hati. Sedangkan apa yang sudah berlaku itu adalah kehendak Allah. Siapa kita untuk menidak kan nya? Teruskan bersabar. Percayalah di saat kita berjaya bersabar dengan kerenah manusia,situasi yang tak menyebelahi, nimat kesabaran itu masayaAllah,hanya Allah yang tahu manisnya. Dan sentiasa ingat jika tiada peristiwa-peristiwa yang menduga iman dan kesabaran kita kita tak mungkin akan dapat belajar apa itu SABAR. Allah sengaja hantar mereka untuk kita belajar. Setiap dugaan adalah didikan dari Allah. Berbahagialah kerana Allah mengingatimu
Kita mungkin tak kan mampu menjadi sebaik dan sehebat Saidina Ali,namun kita masih belum terlambat untuk terus berusaha menjadi orang yang bersabar. Ingatlah kawan-kawan ALLAH bersama orang yang bersabar. Tidak salah jika kita mencuba sehabis daya untuk memerangi hawa nafsu ketika marah. Kerana sesungguhnya memerangi hawa nafsu termasuk dalah salah satu jihad. Dan setiap perkara kebaikan itu tercatat pahalanya buat kita,insyaAllah.
